Individu maut ‘disedut’ enjin pesawat

SEORANG individu dilaporkan maut selepas ‘disedut’ enjin pesawat dalam kejadian di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol, kata syarikat penerbangan Belanda, KLM, pada Rabu.

Polis tentera Belanda, Marechaussee, menerusi ciapan di laman X berkata, ia sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Ia menambah, siasatan masih belum mengenal pasti identiti mangsa berkenaan, kata jurucakap Marechaussee kepada Reuters.

Jurucakap itu menambah bahawa masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada ia adalah kemalangan, atau insiden bunuh diri.

KLM dalam satu kenyataan juga berkata ia sedang menyiasat kejadian tersebut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*