Kementerian Ekonomi menjelaskan penyasaran subsisi oleh kerajaan pada pertengahan tahun hadapan akan mengambil kira aspek pendapatan boleh belanja rakyat
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pengkelasan mana-mana golongan rakyat negara ini terutamanya T15 (berpendapatan tinggi) memperoleh subsidi RON95 juga mengikut kaedah ini bagi memastikan hasrat kerajaan supaya hanya 85 peratus rakyat memperoleh subsidi berkenaan tercapai.
“Pengkelasan mereka (T15) layak atau tidak untuk menerima subsidi RON95 adalah berdasarkan kepada pendapatan boleh belanja bersih dan hasrat kerajaan adalah sehingga 85 peratus daripada isi rumah mengikut kaedah ini akan mendapat subsidi.
“Ia adalah lebih adil dan saksama, cuma di peringkat sekarang ia perlu diperhalusi kriterianya kerana hendak dilaksanakan,” katanya ketika berucap di Dewan Rakyat.
Tunjuk kad pengenalan di stesen minyak untuk semak kelayakan
Dalam pada itu, beliau juga memberitahu pembeli perlu mengimbas MyKad di stesen minyak. Mereka yang layak akan menerima harga bersubsidi untuk petrol RON95.
“Jika dia layak, harga yang dibayar adalah harga bersubsidi. Dia tak payah bayar harga pasaran,” katanya.
Sebelum ini, Berita Harian melaporkan kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan tahun 2025.
Baca juga :
- Aib peguam, Inspektor Sheila bebas dari tuduhan
- Penemuan mengerikan… Misteri bebola hitam terdampar di pantai terjawab
- Dua pelanggan larikan diri selepas makan diberi 10 hari buat pembayaran sebelum wajah ditularkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penjimatan yang dicapai daripada penyasaran subsidi bahan api itu akan dimanfaatkan untuk kesejahteraan rakyat terbanyak.
Anwar berkata, dana RM8 bilion hasil 40 peratus subsidi petrol RON95 yang dinikmati warga asing dan golongan maha kaya akan dimanfaatkan kepada kemudahan pendidikan, kesihatan serta pengangkutan
“Pembeli perlu mengimbas MyKad di stesen minyak. Mereka yang layak akan menerima harga bersubsidi untuk petrol RON95.” – @rafiziramli#belanjawan2025 #MalaysiaMADANI pic.twitter.com/igivxVudsk
— Jason Yew (@jasonyew) November 6, 2024
Leave a Reply