Imam maut selepas sehari timang cahaya mata

Dalam pada itu, berita pemergian arwah turut dikongsikan laman Facebook Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Daerah Perak Tengah.

Difahamkan, Allahyarham Nurul Kamal turut bertugas sebagai guru takmir di AADK Perak Tengah.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Guru Takmir AADK Daerah Perak Tengah merangkap Imam Masjid As Siddiq Taman Iskandar Perdana (Seri Iskandar), Ustaz Nurul Kamal Zulkarnain telah mengadap Illahi petang tadi terlibat kemalangan jalan raya di lebuh raya WCE,” ujar hantaran tersebut.

 Imam maut selepas sehari timang cahaya mata
Arwah turut bertugas sebagai guru takmir di AADK Perak Tengah.

Sementara itu, menerusi laporan Kosmo, arwah difahamkan baru sahaja menyambut kelahiran seorang bayinya pada Isnin di Hospital Seri Manjung (HSM).

Kemalangan tersebut dikatakan berlaku selepas mangsa melawat isteri dan anak baharunya dengan arwah dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Seri Iskandar untuk mengambil anaknya yang lain pulang dari sekolah.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*