TAWAU – Seorang ibu tunggal dibelasah lima wanita hingga cedera dalam kejadian di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di sini pada Isnin lalu.
Kejadian yang berlaku pada pukul 11 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 36 tahun mengalami kecederaan dan pendarahan di bahagian muka dan kepala.
Difahamkan, kejadian itu berpunca apabila mangsa yang berstatus ibu tunggal dituduh sebagai perampas suami orang walaupun dia mendakwa kekasihnya masih bujang.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita itu sendiri pada pukul 4.41 petang kelmarin.
“Selain diserang dan dicederakan, keempat-empat tayar kereta wanita ini juga dipancitkan dipercayai perbuatan khianat semua suspek terbabit.
“Susulan itu, polis bertindak menjalankan tangkapan terhadap kelima-lima suspek yang berusia 16 hingga 62 tahun terbabit untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merusuh dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Baca juga :
Leave a Reply