“Ibarat pagar makan padi…” Gadis 15 tahun diperkosa suami ibu saudara

“Ibarat pagar makan padi…” Gadis 15 tahun diperkosa suami ibu saudara.

Malang dan sungguh tak disangka, seorang remaja perempuan telah dirogol suami ibu saudaranya ketika dia menumpang tidur di rumah wanita itu.

Menurut sumber Harian Metro, remaja berusia 15 tahun itu dijaga neneknya sejak setahun lalu selepas berhenti dari sekolah.

"Ibarat pagar makan padi..."  Gadis 15 tahun diperkosa suami ibu saudara

Difahamkan, dia terpaksa menumpang tidur di rumah makciknya gara-gara nenek yang pulang ke kampung mereka di Pendang selama dua hari.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah malam itu difahamkan mangsa tidur dalam sebuah bilik bersama ibu saudara dan dua sepupu yang berusia 7 dan 8 tahun.

Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan selaku Ketua Polis Daerah Kuala Muda menyatakan pihak mereka menerima laporan daripada mangsa suspek berusia 34 tahun yang bekerja sebagai buruh ditahan.

“Selain itu, mangsa juga mendakwa dia tidak berani menjerit kerana ketakutan.”

Tambah Zaidy lagi, suspek ditahan jam 12.30 tengah malam tadi dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Mangsa dibawa menjalani pemeriksaan di hospital dan hasilnya mendapati ada kesan tusukan benda tumpul selain kesan koyak baru pada kemaluannya.”

“Anggota forensik turut menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian.”

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*