Husam gesa rakyat Kelantan semak tanah hutan simpan diberi kepada tauke bukan kaum Melayu

Husam gesa rakyat Kelantan semak tanah hutan simpan diberi kepada tauke bukan kaum Melayu. Pengerusi Save Kelantan, Datuk Husam Musa mengingatkan rakyat negeri itu supaya melakukan semakan terhadap pentadbiran kerajaan yang diterajui Pas.

Beliau menegaskan Pas bukannya memperjuangkan Islam seperti yang dicanang sebaliknya sekadar mahu mendapat kuasa.

Sehubungan itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan pada tahun 2008 hingga 2013 itu berkata, keputusan pada pilihan raya nanti berdasarkan pembangunan yang dilakukan.

“… semata-mata nafsu, nak jadi kerajaan, nak jadi menteri. Tidak ada kena-mengena dengan fisabilillah, menegakkan nama Allah.

“PRN ini pilih bagaimana untuk kita membangunkan negeri kita.

“Kita kena periksa apa Pas buat, buka buku rekod lima tahun lalu semasa memerintah Kelantan sebelum memberi amanah untuk lima tahun lagi.

“Berapa luas tanah-tanah hutan simpan diberi kepada tauke-tauke bukan anak Kelantan dan bukan kaum Melayu,” katanya dalam Ceramah Perpaduan di Jeli baru-baru ini.

Sebelum ini, Husam lantang membangkitkan isu tebangan balak secara haram di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Gua Musang.

Senjata politik

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan Pas hanya menjadikan Islam sebagai senjata politik bukannya memperjuangkan Islam walaupun apabila dapat menjadi kerajaan.

“Ditakdirkan Allah, Pas jadi kerajaan Malaysia. Menteri Undang-Undang ialah Setiausaha Pas sendiri. Menteri Agama ialah Naib Presiden Pas sendiri.

“Apa yang telah mereka lakukan dalam memperjuangkan Akta 3455 ini? Berakhir dengan 355 tidak pernah menjadi akta sama ada ketika Pas membawa usul persendirian hingga apabila menjadi kerajaan.

“Takdir Tuhan… (kerajaan dianggotai Pas) jatuh. Sekarang, tiada orang cakap pasal RUU 355.

“Bermakna undang-undang syariah ini di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Yakob hanya dijadikan senjata politik bukan niat ikhlas untuk melaksanakan undang-undang Islam,” kata Husam lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*