Hukum wanita pakai minyak wangi di khalayak ramai, penjelasan UAI buat ramai terkejut

Hukum wanita pakai minyak wangi di khalayak ramai, penjelasan UAI buat ramai terkejut.  Golongan wanita dilarang untuk memakai minyak wangi yang sengaja untuk dihidu oleh khalayak ramai kecuali hanya untuk suaminya di rumah.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, golongan wanita hanya diizinkan untuk memakai haruman yang hanya boleh dihidunya sendiri sahaja tanpa boleh dihidu oleh orang lain.

“Nabi pernah berkata, jika wanita itu memakai bauan sehingga dapat dihidu orang lain atau khalayak ramai, dia diibaratkan seperti berzina atau sebagai perempuan jahat.

“Orang perempuan boleh pakai minyak wangi berlebihan, tetapi hanya untuk suaminya di rumah sahaja,” jelas beliau dalam satu sesi soal jawab agama baru-baru ini.

Tambah Azhar, golongan lelaki dibenarkan untuk memakai minyak wangi secara berlebihan, namun golongan wanita memang telah dilarang sejak dulu lagi.

“Tengok orang perempuan sekarang, kalau di rumah mana ada nak lawa-lawa, bau-bau wangi. Banyak bau busuk dari ketiak mereka.

“Tapi kalau keluar pergi pejabat atau kenduri, mereka lah yang paling kuat, hukumnya adalah haram. Kena ingat wahai golongan wanita,” jelas beliau.

Baca juga :

Sindiket tawaran pinjaman: Ziana Zain kunci mulut bakal disiasat SPRM

Bunuh ibu kandung, pasangan kekasih direman 7 hari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*