Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa kira-kira 15 minit menyantuni lebih 3,000 pengunjung yang hadir pada Himpunan Madani di Dataran Stargate, di sini pada petang semalam.
Anwar dengan diiringi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution tiba di himpunan tersebut kira-kira pukul 5.30 petang.
Perdana Menteri sempat beramah mesra dan bergambar dengan sebahagian pengunjung yang hadir.
Anwar dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama pimpinan peringkat nasional dan negeri dijadualkan menyampaikan pidato di himpunan berkenaan pada sebelah malam
Selain itu, dua artis terkemuka negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Amy Search juga akan membuat persembahan pada himpunan itu, malamnya.
Himpunan tersebut yang berlangsung dari pukul 3 petang tadi hingga 11.30 malam dijangka dihadiri lebih 10,000 pengunjung.
- Turut baca : Rumah Terbuka Madani 6 negeri lebih murah berbanding di Putrajaya, ini penjelasan Rafizi
Leave a Reply