Hilang di JB, Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali

Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat.

Difahamkan, mangsa, Albertine Leo ditemui di satu lokasi di Batang Kali, Selangor.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

“Ya, dijumpai di kawasan Batang Kali, Selangor,” katanya ringkas pada Selasa.

Satu sidang akhbar juga dibuat Polis Johor pada Selasa berhubung perkembangan kes terbabit.

Albertine Leo Jia Hui, 6, dilaporkan hilang semasa Festival Jepun Bon Odori di Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Bahru kira-kira jam 8.30 malam 20 Julai.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*