Seorang wanita menyaman sebuah restoran makanan Thai di San Jose, California, kerana mendakwa masakannya terlalu pedas, lapor laman berita Republic World kelmarin.
Wanita tersebut, Harjasleen Walia turut mendakwa bahawa salah satu masakan pedas di restoran itu tidak sesuai untuk dimakan.
Pada 3 Julai lalu, Walia memfailkan aduan di Mahkamah Tinggi Daerah Santa Clara terhadap restoran Coup de Thai, yang merupakan sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan pedas.
ia mendakwa restoran itu menyajikan hidangan pedas yang sangat berbahaya untuk dimakan dan menyalahkan para pekerja kerana cuai mengenainya.
Tambah Walia, dia mengalami kecederaan kekal pada badan selepas makan hidangan pembuka selera di restoran tersebut, iaitu Dragon Balls pada 15 Julai 2021.
Ia menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan jangka panjang.
Menurut akhbar New York Post, Dragon Balls ialah bebola daging ayam pedas yang dimasak menggunakan bawang hijau, daun limau purut, daun ketumbar, cili dan nasi.
Peguam Walia menuntut ganti rugi am serta pampasan untuk perbelanjaan perubatan, kehilangan pendapatan dan kos guaman.
Walia mahupun Coup de Thai enggan memberikan sebarang komen kepada New York Post.
- Turut baca : Polis sifatkan bom di kereta Siti Kassim ‘cubaan bunuh’
Leave a Reply