Heret ibu bapa ke mahkamah jika benarkan kanak-kanak memandu – Menteri Pengangkutan

Ibu bapa atau penjaga dan pemilik kenderaan akan diheret ke mahkamah sekiranya membenarkan kanak-kanak bawah umur memandu kenderaan.

Tegas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, ia bagi memastikan mereka tidak lalai dengan bertanggungjawab masing-masing.

“Kes seperti ini bukan kali pertama dan ia sangat membahayakan.

“Kita tidak boleh dakwa kanak-kanak tersebut, tapi ibu bapa kena bertanggungjawab.

“Macam mana Kementerian Pengangkutan hendak jaga setiap keluarga? Jadi itu tanggungjawab ibu bapa,” katanya menerusi sidang akhbar di sini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan kanak-kanak lelaki yang dikesan memandu sebuah kereta milik ibu bapanya sehingga mengakibatkan kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Arowana 2, Taman Arowana Impian di Seremban.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu dipercayai memandu kereta jenis Toyota Corolla bersama penumpang yang juga jirannya berusia sembilan tahun.

Ia kemudiannya terbabas ketika melalui selekoh sebelum merempuh sebuah van yang diparkir di bahu jalan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 39(1) dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 serta Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*