Helikopter bomba terhempas di Subang, 7 selamat termasuk juruterbang

Tujuh penumpang termasuk juruterbang selamat selepas helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) kemalangan di Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT), dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Helikopter bomba terhempas di Subang, 7 selamat termasuk juruterbang
CAAM mengesahkan kemalangan helikopter dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), Norazman Mahmud, berkata helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189 itu menjalani ujian penerbangan ketika kejadian 11.52 pagi.

“Menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan kemalangan pada 11.52 pagi dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bertindak segera terhadap insiden tersebut.

“Terdapat tujuh penumpang termasuk juruterbang dalam helikopter tersebut dan semuanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*