“Hati mereka sakit…” Apa PM buat semua tak betul buat pembangkang

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim menempelak pembangkang yang didakwanya sentiasa cuba mencari kesilapan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Apa yang PMX buat semua tak betul. Rumah terbuka pun salah, basmi kemiskinan tegar pun salah.

“Silap haribulan, kalau PMX nak pulihkan masalah air di Kelantan pun nanti dianggap agenda Freemason.

“Sakit. Hati mereka ini sakit,” bidasnya pada ciapan di Twitter.

Dia mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor terhadap penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri yang dianggap sebagai program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan tidak wajar diadakan.

Muhammad Sanusi dilaporkan berkata majlis itu melibatkan kos yang tinggi sedangkan Kerajaan Persekutuan sebelum ini menguar-uarkan langkah penjimatan.

Justeru, katanya rumah terbuka aidilfitri seharusnya diadakan di satu lokasi sahaja iaitu di Putrajaya seperti kelaziman sebelum ini.

Selain Kedah, majlis aidilfitri bersama perdana menteri itu dijadual diadakan di Pulau Pinang pada 6 Mei, Negeri Sembilan (7 Mei), Kelantan (12 Mei), Terengganu (13 Mei) dan Selangor (14 Mei).

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*