“Hati-hati kalau nampak dia ni… Penduduk risau ‘wanita berpayung’ ketuk rumah minta RM100

Baru-baru ini tular sekeping gambar selepas seorang wanita mengetuk pintu rumah beberapa orang penduduk bagi meminta wang

Kemunculan wanita berkenaan di kawasan perumahan di Indera Mahkota dan Taman Tas di Kuantan, Pahang telah menimbulkan keresahan penduduk setempat.

Kebimbangan penduduk itu telah dikongsikan oleh seorang individu menerusi laman Facebook Warga Kuantan OFFICIAL.

Ketuk pintu rumah ke rumah dan minta RM100 atau RM150

Menerusi perkongsian di laman Facebook itu, individu berkenaan mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati.

Malah, individu berkenaan memberitahu berkemungkinan wanita terbabit juga cuba untuk memukau mangsanya agar menyerahkan wang yang diminta. Justeru orang ramai dinasihati agar tidak membuka pintu rumah kepadanya.

“Pukau kuat ni, keje nak dapat RM100 pun sakit ni nak bagi RM100, RM150. Kalau bagi memang kena lah tu,” tulis individu tersebut.

"Hati-hati kalau nampak dia ni... Penduduk risau ‘wanita berpayung’ ketuk rumah minta RM100

Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkaitan kejadian tersebut dan mengingatkan orang ramai agar memaklumkan perkara terbabit kepada balai polis berdekatan.

“Pohon untuk memaklumkan kepada balai yang berdekatan atau terus membuat laporan polis jika didatangi oleh individu tersebut atau mana-mana individu yang berkemungkinan akan melakukan jenayah,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*