Jika kita berada di luar seperti di tempat awam, port pengecas sememangnya membantu untuk mengecas semula peranti peribadi
Benda ini dapat dilihat banyak di kafe-kafe yang menyediakan port pengecas untuk kegunaan pelanggannya membuat kerja atau mengecas semula peranti peribadi mereka.
Namun begitu orang ramai perlu berhati-hati untuk tidak menggunakan port pengecas ini secara sesuka hati kerana peranti peribadi mereka berisiko terkena ancaman keselamatan siber.
Baru-baru ini tular sebuah hantaran di Twitter yang mendedahkan risiko menggunakan port USB bagi mengecas telefon bimbit di tempat awam.
Lihat hantaran tersebut di bawah:
Tips cybersec, kalau nampak exposed female USB-A outlet macam belah kiri ni untuk cas telefon, JANGAN cucuk/guna. The other side of it could be downloading your data or worse install malicious software. Bawak power plug sendiri, cucuk belah kanan tu. pic.twitter.com/Z1OBVGlRzV
— xewok (@evvok) September 17, 2023
Pencurian data yang dipanggil Juice Jacking
Menerusi hantaran yang dilakukan oleh pengguna Twitter itu, dia menjelaskan bahawa peranti peribadi berisiko diceroboh dan data didalamnya boleh dicuri. Virus juga boleh dimasukkan ke dalam peranti peribadi yang menggunakan port USB di tempat awam.
Dalam pada itu, seorang security analyst juga menyatakan persetujuannya dengan amaran tentang risiko peranti peribadi dicerobohi me
lalui penggunaan port USB di tempat awam.
Seorang lagi pengguna Twitter ada membalas dalam tweet yang sama mendedahkan proses pencurian data itu dipanggil Juice Jacking.
as security analyst, yep hati2 cucok usb port dekat tempat awam for charging your smartphone 🤣 https://t.co/dFlZhBUm1M
— dayat 🅙 (@mdnrhidayat) September 17, 2023
Yep, juice jacking nama dia. Cyber theft tactic yang banyak makan mangsa
— Hakam Ziyech (@HxkxmXhmxd) September 18, 2023
“Okay new fear unlocked” – Netizen
Susulan tularnya hantaran tersebut di Twitter, ianya telah meraih sehingga 4.8K reposts, 3.8K likes, 500 bookmarks dan 826.7K views.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap hantaran berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen lain daripada netizen di Twitter:
Leave a Reply