Satu rakaman video memaparkan detik seorang pekerja zoo diserang dan dibaham tiga ekor singa selepas masuk ke dalam kandang binatang buas itu untuk menunjukkan kehebatan kepada kekasihnya, lapor portal berita MailOnline semalam.
F. Iriskulov, 44, membuka kunci kandang tempat dia bekerja di sebuah zoo persendirian di Parkent, Uzbekistan pada pukul 5 pagi semasa syifnya untuk merakam klip video.
Baca juga :
- Tawar khidmat seks melalui whatsapp, ibu 7 anak di Kelantan didenda RM2,000
- Ugut bunuh Baby Shima di FB, pemandu lori ditahan
- {VIDEO} Kesian anak-anak… Pengunjung KLCC, Dataran Merdeka kena ‘prank’, tiada bunga api
Dia juga berulang kali memanggil nama salah seekor singa itu sebelum berkata: “Simba, diam.”
Iriskulov merakam klip video untuk dihantar kepada teman wanitanya dengan memaparkan dirinya dikelilingi oleh beberapa ekor singa.
Namun, salah seekor singa itu menyerang Iriskulov dan rakaman itu menjadi gelap dengan suara jeritannya jelas kedengaran.
Menurut media Russia, haiwan itu mengoyakkan muka mangsa.
Pasukan penyelamat kemudian menembak dua ekor singa dengan ubat penenang, manakala seekor lagi ditembak mati selepas ketiga-tiganya keluar dari kandang. – AGENSI
Leave a Reply