Seorang lelaki warga emas berstatus suami orang antara yang dicekup berkhalwat dengan pasangan kekasihnya di sebuah hotel bajet di Bandraya Melaka di sini, tengah malam tadi.
Lelaki berusia 60 tahun itu bersama seorang wanita warga Thailand berusia 42 tahun ditahan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi Operasi Cegah Jenayah Syariah antara pukul 12.30 tengah malam hingga 4.30 pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, lelaki itu ditahan kerana berdua-duan dengan pasangannya seorang perempuan yang bukan beragama Islam.
“Lelaki tersebut seorang peniaga dan telah berkahwin sementara pasangannya bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat urut di Bandaraya Melaka. Hasil soal siasat mereka mengaku keluar berdua untuk menyambut tahun baharu dan menonton pertunjukan bunga api.
“Selepas itu mereka menginap bersama di sebuah hotel kerana penat dan telah lewat malam untuk pulang ke rumah masing-masing,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Tambah Rahmad, operasi sempena sambutan tahun baharu itu membabitkan 42 pegawai penguat kuasa agama dan sebanyak 17 premis di sekitar Bandaraya Melaka dan Alor Gajah telah diperiksa.
Menurutnya, JAIM menahan seramai 13 orang terdiri tujuh lelaki dan enam wanita berusia antara 21 dan 60 tahun untuk siasatan lanjut sementara seorang orang yang disyaki (OYDS) wanita dijadikan saksi kes kerana bukan beragama Islam
Baca juga :
Leave a Reply