“Hari bahagia hancur lebur… Lelaki terkejut perempuan dinikahi rupanya ‘wanita jadian’

SEPANDAI-PANDAI tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Begitulah kisahnya apabila seorang lelaki di Halmahera Selatan, wilayah Maluku Utara, Indonesia terkejut ketika mendapat tahu isterinya merupakan seorang lelaki tulen.

Untuk rekod, Naim Saban, 25, mengahwini Dela La Udin, 26, pada 15 Mei lalu.

Menurut ketua kampung, Malik Hi Daud, ketika acara pernikahan berlangsung, mereka langsung tidak berasa curiga mengenai status jantina Dela.

“Pada hari Rabu (15 Mei), mereka bernikah dan saya juga hadir. Ketika itu, kami mengakui Dela kelihatan cantik dan belum mengetahui bahawa dia adalah seorang lelaki,” kata Malik.

Namun, perkara itu terbongkar apabila seorang guru memuat naik gambar Dela semasa sekolah menengah yang jelas menunjukkan dia seorang pelajar lelaki.

“Selepas gambar itu tular, saya memberitahu anak imam yang menyolek wajah Dela. Saya menyuruh mereka memeriksa anggota kelamin Dela untuk memastikan perkara tersebut,” ujarnya.

Tambah Malik, Dela dikatakan enggan ditemani sesiapa pun ketika mahu menyalin pakaian pengantin, membuatkan mereka bertambah curiga.

Perkara itu akhirnya dapat dipastikan selepas beberapa penduduk mahu memeriksa anggota badan Dela dan dia akhirnya membuat pengakuan.

Keluarga Naim yang menyedari hal itu turut berasa berang dan mahu membawa Dela ke balai polis.

Selepas dibawa ke pejabat penguatkuasa, Dela akhirnya membuat permohonan maaf dan mengaku bahawa dia seorang lelaki.

“Saya memohon maaf. Saya sebenarnya lelaki,” ujar Dela.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*