SEORANG pemuda mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selepas ditetak oleh tukang gunting rambut menggunakan parang.
Pada mulanya mangsa bernama Agus, 29, mengunjungi kedai gunting rambut suspek yang hanya dikenali sebagai AW berusia 44 tahun di Morowali, Sulawesi Tengah, Indonesia.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Morowali, Inspektor Agus Salim, ketika suspek leka menjalankan tugasnya, mangsa meminta rambut di bahagian tepi digunting lebih pendek.
“Apabila mangsa meminta tukang gunting rambut mengemaskan rambut di tepi dan dipotong pendek, berlaku pertengkaran antara mangsa dan pelaku,” katanya kepada pemberita.
Ia menjadi semakin agresif apabila suspek terlebih dahulu bertindak ganas dengan memukul mangsa.
Orang ramai yang berada berhampiran insiden itu kemudiannya segera campur tangan untuk meleraikan pertelingkahan.
Namun AW yang terlalu gagal menahan emosi bertindak mengambil parang dan mengejar mangsa ke jalan raya.
Malangnya mangsa terjatuh ketika dikejar hingga dia seterusnya ditetak bertalu-talu dengan parang.
“Akibat serangan kejam ini, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke Pusat Kesihatan Komuniti untuk rawatan,” jelas Agus lagi.
Katanya hingga kini pelaku masih diburu selepas dia berjaya melarikan diri.
Pihak polis turut merayu kerjasama penduduk setempat sekiranya mengetahui keberadaan pelaku.
Turut baca :
Leave a Reply