“Hanya ingat mati…” Wanita pandu Myvi hanyut dalam longkang, ini kronologi kejadian

“Hanya ingat mati…” Wanita pandu Myvi hanyut dalam longkang, ini kronologi kejadian.

Tular di laman sosial kejadian yang menimpa dua wanita yang dihanyutkan arus deras selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di Jalan Kota Tinggi-Mersing, Kota Tinggi, Johor.

Berpantang maut sebelum ajal, wanita berkenaan Zaleha Mokhtaini, 37, yang memandu kereta milik ibunya bersama rakannya, Rosnani, berusia 40-an menceritakan kronologi kejadian:

1-Beliau berkata kejadian berlaku pada jam 8.15 pagi ketika beliau dan Rosnani dalam perjalanan dari Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili ke Bandar Kota Tinggi untuk membeli barang dapur.

2-Mereka merancang untuk singgah di stesen minyak berhampiran Bukit Samsu di Kota Tinggi di sini untuk mengisi minyak.

3-Namun ketika menghampiri stesen minyak itu, kereta yang dinaiki terbabas. Zaleha tidak sempat menekan brek dan kenderaan berkenaan masuk ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras.

4-Ujarnya, Kejadian berlaku sekelip mata apabila kereta saya terbalik dalam keadaan keempat-empat tayar ke atas.

5-BELIAU CUBA MEMBUKA DAN MENOLAK PINTU NAMUN GAGAL. KERETA SEKALI LAGI BERPUSING DAN KETIKA ITU BELIAU MENENDANG PINTU BAHAGIAN PENUMPANG.

6-PINTU BERKENAAN TERBUKA MEMBOLEHKAN BELIAU DAN ROSNANI KELUAR KENDERAAN SEBELUM BERPAUT BELAKANG KERETA.

7-Zaleha berjaya keluar dari kereta dan sempat berpaut pada paip besi.

8-Manakala Rosnani pula diselamatkan oleh seorang kontraktor, bernama Choo Ngiam Choong yang nekad terjun menyelamatkan wanita berkenaan yang terperangkap dalam arus deras.

9-Menitipkan kesyukuran, Zaleha berkata jika Choo tidak muncul, mungkin beliau dan rakan sudah tiada lagi.

10-Mereka berdua mengalami lebam di badan dan trauma setiap kali mengenang kejadian berkenaan.

11-Susulan kejadian, beliau mengalami kerugian lebih RM3,000 termasuk kehilangan wang tunai, barang kemas, telefon bimbit serta dokumen pengenalan diri dan sijil kelahiran anak.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*