Hanya guna logo PH di PRU15 – Salahuddin

Perangi rasuah antara 'tugas berterusan' PH, tegas Salahuddin

Tiada sebarang perbincangan mengenai penggunaan logo baharu yang akan digunakan oleh Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata, setakat ini hanya dipersetujui penggunaan satu logo iaitu logo PH.

“Buat masa ini kita setuju satu logo, tetapi tidak ada sebarang mesyuarat yang putuskan mengenai logo baharu,” katanya.

Semalam, Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan bersama memaklumkan mereka sedang mempertimbangkan logo baharu untuk digunakan pada PRU-15.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan Majlis Presiden, kelmarin dengan reka bentuk baharu logo itu bagi memberi imej dan nafas baharu dalam usaha gerak kerja PRU-15.

Turut baca :

 

  • Hanya guna logo PH di PRU15 - Salahuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*