Hanya berbaki tiga hari, perangai sebenar ‘bakal isteri’ terbongkar.
Hanya berbaki tiga hari sahaja lagi sebelum bergelar suami isteri, seorang lelaki kecewa apabila melihat kekasihnya itu keluar bersama seorang lelaki lain tanpa pengetahuannya.
Menerusi perkongsian rakaman yang dimuat naik Amerries, wanita tersebut dilihat keluar makan bersama lelaki lain dan kekasihnya itu hanya mampu melihat kemesraan mereka berdua dari jauh dengan rasa tidak puas hati dan sedih.
“Hanya tinggal tiga hari lagi nak nikah, calon isteri boleh keluar dengan lelaki lain,” tulisnya.
Video tersebut kini telah meraih lebih sejuta tontonan di media sosial dan pelbagai reaksi turut ditinggalkan oleh orang ramai.
“Bersyukur pada Allah kerana Allah tunjuk perangai sebenar calon isteri anda sebelum akad nikah, semoga dapat jodoh yang lebih baik,” ujar seorang pengguna.
“Benda macam ini selalu terjadi, lagi dekat hari nikah, lagi macam-macam ujian dan dugaan, aku sendiri pernah rasa, kekasih aku balik semula dengan bekas tunang dia dulu, sedangkan kami dah hampir 90 peratus persiapan kahwin,” luah pengguna lain.
Turut baca
- Kanak-kanak 4 tahun berdepan detik cemas, cuba dilarikan lelaki warga Myanmar
- {VIDEO} “Anak kecil teriak menangis…” U-turn di double line, van ‘bersepai’ dirempuh kereta
- Meremang !!! Terbiarnya sebuah Resort di atas Gunung Raya
Leave a Reply