“Hampir-hampirlah, mujur tak kena… Wanita ‘seriau’ lihat budak sekolah muncul dari belakang bas berlari lintas jalan

SEORANG kanak-kanak hampir terlibat dalam kemalangan selepas bertindak melintas jalan secara melulu di Jalan Kempas, Johor pada Sabtu.

Menerusi video kamera papan pemuka (dashcam) dimuat naik di Twitter (X) @update11111 pada Ahad, kanak-kanak itu berlari tanpa melihat keadaan jalan raya atau kenderaan ketika itu.

Pada masa sama, kanak-kanak yang dilihat berpakaian lengkap seperti murid sekolah itu muncul dari belakang bas sekolah sebelum melintas.

“Hampir-hampirlah, mujur tak kena. Budak sekolah turun bas, nak melintas jalan.

“Memang tak ada toleh kiri kanan langsung. Tiba-tiba berlari dari belakang bas,” tulisnya.

Dalam video sama, situasi cemas itu sekali gus membuatkan seorang wanita di dalam sebuah kereta berdebar sebelum sempat berhenti mengejut di hadapan kanak-kanak tersebut.

Insiden mendebarkan itu juga membuatkan rata-rata warga maya mempersoalkan tindakan ibu bapa yang tidak peka dengan perkara tersebut.

“Macam dah terbiasa, nampak sangat mak bapa tak pernah tekankan,” komen @Powerbtmversat1.

“Bahaya kalau tak ajar anak perkara betul masa melintas jalan,” tulis @hfjjwdsed.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*