Guru tampar pelajar panggil namanya tanpa gelaran ‘cikgu’ undang pujian ramai

Seorang guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Lamongan, wilayah Jawa Timur mengundang pujian orang ramai selepas menampar anak muridnya gara-gara tidak dipanggil ‘cikgu’, lapor portal berita Abata News semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @fakta.indo, guru itu dilihat menampar pelajar lelaki terbabit di dalam kelasnya di hadapan pelajar lain.

Bahkan, pelajar itu juga dimarahi dan ditampar beberapa kali kerana bersikap kurang ajar.

Kejadian berlaku di SMP 1 Kembangbahu pada 24 September lalu.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 1.9 juta tontonan. Rata-rata, netizen memuji tindakan guru tersebut.

“Saya sokong guru itu!” kata seorang netizen.

“Bagus cikgu! Budak zaman sekarang memang adalah masalah etika dan adab!” komen netizen lain. – AGENSI

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*