Guru siasat pelajar 12 tahun sering ponteng sekolah, tak sangka ini yang berlaku. RM500 sebulan nak jaga orang strok, nak beli barang dapur, memang sangat-sangat tak cukup. Harap sangat ada pihak MAIWP ziarah keluarga ini dan nilai semula zakat bulanan itu. Kalau dapat naikkan sedikit lagi, syukur,” kongsi Mohd Fadli.
Usianya mungkin masih muda, namun pemikiran kanak-kanak ini sudah cukup matang seperti orang dewasa.
Pada umur 12 tahun, kanak-kanak ini sanggup menggalas tanggungjawab yang besar iaitu menjaga ibu yang terlantar sakit kerana diserang strok atau angin ahmar.
Ketika kanak-kanak sebayanya menghabiskan masa di sekolah, dia memilih untuk mengutamakan ibu terlebih dahulu berbanding pelajaran.
Kisah sedih kanak-kanak malang bernama Iman itu dikongsikan oleh seorang guru, Mohd Fadli Salleh yang juga merupakan aktivis sosial Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.
“Seorang murid tahun 6, Iman didapati selalu tak hadir ke sekolah. Setelah sekolah siasat, rupanya anak ini menjaga emak yang strok. Bila Cikgu Zahran maklumkan pada aku kes ini, kami terus buat kunjung ziarah.
“Hantar lampin pakai buang, hantar makanan dan bagi bantuan. Selepas kunjungan dari pihak sekolah dan pihak Dana Kita hulur sumbangan, anak ini kembali rajin ke sekolah,” kongsi Mohd Fadli dalam satu hantaran di Facebook.
Menurut Mohd Fadli, sumber pendapatan keluarga Iman bergantung kepada kakak dan abangnya yang bekerja di sebuah kompleks beli-belah di ibu kota, memandangkan bapa mereka sudah meninggal dunia.
“Kakaknya berusia 17 tahun berhenti sekolah sejak tingkatan satu kerana hidup susah. Abang dan kakak inilah yang kerja di M3 Mall untuk menyara emak dan adiknya.
“Mujur Baitulmal MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) ada beri bantuan bulanan RM500 sebulan. Ringanlah sikit beban mereka.
Tidak mahu kanak-kanak tersebut keciciran dalam pelajaran, Mohd Fadli berkata pihaknya menerusi Dana Kita akan menyalurkan bantuan keperluan pembelajaran.
Apa jua keperluan pembelajaran, pakaian, yuran, tuisyen dan sebagainya Dana Kita akan bantu sampai tamat belajar, InsyaAllah.
“Aku sungguh-sungguh berpesan agar anak bongsu ini habiskan belajar sampai SPM.
“Apa jua keperluan pembelajaran, pakaian, yuran, tuisyen dan sebagainya Dana Kita akan bantu sampai tamat belajar, InsyaAllah.
“Semoga anak ini terus kuat semangat dan berjaya mengubah nasib keluarga. Amin,” katanya.
Leave a Reply