Guru PJ ‘pegang-pegang’ murid lelaki ditahan

Polis memberkas seorang guru lelaki yang disyaki terbabit dalam kes amang seksual terhadap beberapa murid lelaki di sekitar daerah Hulu Selangor, kelmarin.

Suspek yang juga guru pendidikan jasmani berusia lingkungan 30-an dilaporkan membuat perkara tidak senonoh itu kira-kira sebulan yang lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, tangkapan dibuat ke atas suspek di Bukit Beruntung, Selangor.

Jelaanya, suspek ditangkap selepas menerima empat laporan polis berhubung kejadian tersebut, kelmarin.

“Siasatan awal mendapati kejadian pertama membabitkan mangsa yang berusia 12 tahun berlaku kira-kira sebulan yang lalu.

“Antara lokasi kejadian adalah di sebuah inap desa di kawasan Ulu Yam ketika mangsa mewakili daerah Hulu Selangor dalam pertandingan bola sepak,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Kata Mohd Asri, semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah.

Jelas beliau, suspek direman selama enam hari sehingga 31 Julai bagi siasatan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*