Gurauan bawa padah: Remaja maut rentung di tandas awam. Gara-gara ingin bergurau dengan rakan membawa padah apabila seorang remaja lelaki ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah tandas awam di Bandar Puncak Alam petang semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.35 petang dan apabila tiba di lokasi didapati api telah padam serta menemukan Muhamad Damin Mikhail Kansol, 16, yang rentung di tandas awam.
“Bomba seterusnya mengeluarkan mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.
“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
- Turut baca : {VIDEO} Syok layan angin atas motor, lelaki jadi ‘tak keruan’ dapat tahu aksi dirakam polis
Beliau berkata hasil maklumat saksi dan dua rakan kepada mangsa, mereka bertiga sedang melepak dan bermain game di dalam tandas tersebut manakala mangsa sedang tidur di atas sofa di hadapan pintu tandas.
- Turut baca : {VIDEO} Basahkan pinggan konon murah rezeki, netizen minta wanita henti percaya benda karut
Norazam berkata rakan mangsa telah menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau dan setelah asap tebal dan api semakin besar dua rakan mangsa telah lari ke luar tandas.
“Manakala mangsa yang tersedar dari tidur berada dalam keadaan separa sedar dan melarikan diri ke dalam tandas,” katanya.
Leave a Reply