‘Goyang gerudi’ di khalayak, Ustaz Ahmad Dasuki ‘tibai’ penyanyi dangdut

Penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dasuki membidas kenyataan seorang penyanyi dangdut yang dikatakan secara bongkak ‘menghalalkan’ tindakannya bergelek keterlaluan di atas pentas.

Jelas Ahmad Dasuki, tidak semua keuntungan berbentuk wang memberi kebahagiaan dan jaminan syurga, sebaliknya boleh membawa kecelakaan pada masa hadapan.

“Kau ingat gelek di khalayak itu dapat pahala ke? Bangganya kau. Setiap mukmin akan disoal di hadapan Allah nanti dari mana dia mendapatkan hartanya dan ke mana dia membelanjakan hartanya.

“Jika hartanya hanya mengenyangkan perutnya, tergolek-goleklah dia di akhirat nanti. Menjawab di hadapan Allah, lebih-lebih lagi hartanya daripada sumber menggelek punggung di khalayak di dunia ini,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Penyanyi, Ifa Raziah, baru-baru ini mempertahankan tindakannya bergelek ketika membuat persembahan. Penyanyi itu berkata, gelekan itu yang membawa rezeki sehingga ada pihak yang sanggup membayar puluhan ribu ringgit untuk sebuah persembahan.

Turut baca

'Goyang gerudi' di khalayak, Ustaz Ahmad Dasuki 'tibai' penyanyi dangdut

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*