GISBH: Menteri pertahan guna Sosma, kanak-kanak dipaksa ketuk ketampi 500 kali

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan siasatan mendapati ada kanak-kanak diselamatkan di rumah amal Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) didenda ketuk ketampi sebanyak 500 kali yang disifatkan sebagai eksploitasi.

Atas dasar mahu membela kanak-kanak terbabit, Saifuddin berkata polis telah melakukan siasatan mengikut pelbagai sudut termasuk menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau Sosma.

Mereka (pesalah) mesti di bawa ke muka pengadilan dan proses sangat jelas dalam proses kita buat keputusan ini, katanya menggulung sesi penerangan menteri berkait isu GISBH.

Beliau menjelaskan jumlah tahanan yang ramai membabitkan seramai 415 ahli GISBH memaksa ada diantaranya ditahan mengikut Sosma.

“Saiz tangkapan begitu ramai. Kita akan minta reman.

Kemudian melibatkan jenayah dianggap serius. Ada (juga) memberikan keuntungan material, kewangan, kuasa atau pengaruh, jadi ia sesuai untuk kita gunakan Seksyen 130V Kanun Keseksaan bagi membolehkan selepas tamat tempoh reman, kita gunakan Sosma, katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*