“Gila ke apa bang…” Isteri terkejut suami cuci kereta harga sampai RM950

“Gila ke apa bang…” Isteri terkejut suami cuci kereta harga sampai RM950.  Baru-baru ini viral di media sosial TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Aisyah Ijanah yang terkejut apabila melihat resit pembayaran yang dilakukan oleh suaminya.

Menerusi video tersebut, suaminya dilihat telah membuat pembayaran sebanyak RM950 untuk mencuci kereta di sebuah carwash parking.

Terkejut melihat harga ‘cuci kereta’ semahal itu, wanita itu telah memarahi suaminya yang sanggup membayar sebanyak itu demi kereta yang disayanginya.

@aisyahhijanah Lelaki bila sayang kereta @alifteega ♬ original sound – aisyahhijanah

Sehingga kini, video perkongsian itu telah mendapat 275.1K tontonan, 15.7K tanda suka, dan 133 komen di aplikasi TikTok.

Rata-rata netizen telah memberi pelbagai reaksi, ada yang terhibur memikirkan bagaimana lelaki itu hendak menjawab kepada isterinya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*