Gempar!!! Waris Sultan Sulu ‘rampas’ anak syarikat Petronas

Dua anak syarikat milik pengeluar minyak Malaysia, Petronas di Luxembourg telah dirampas oleh waris arwah Sultan Sulu, kata beberapa peguam dalam pertikaian undang-undang bernilai AS$15 bilion (RM66.5 bilion) berhubung satu perjanjian yang ditandatangani 144 tahun lalu.

Menurut akhbar Financial Times, waris Sultan Sulu mendakwa bahawa mereka menjadi pemilik tanah yang kini merupakan negeri Sabah, dalam negara Malaysia, kata pegawai mahkamah di Luxembourg yang merampas syarikat tersebut bagi pihak anak guamnya.

Pantai Sandakan dan Laut Sulu di Sabah.

Dua anak syarikat yang berdaftar di Luxembourg tersebut, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, menguruskan kepentingan gas syarikat tenaga milik negara Malaysia di Azerbaijan yang dilaporkan bernilai lebih AS$2 bilion (RM8.8 bilion).

Langkah tersebut, yang buat kali pertama dilaporkan, merupakan sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dilancarkan pada tahun 2017 oleh waris Kesultanan Sulu.

Turut baca : “Setelah jadi orang buruan…” Ibu kerat zakar anak ditahan selepas 7 tahun

Ia bertujuan untuk mendapatkan pampasan bagi tuntutan tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada syarikat perdagangan Britain pada 1878. Ia berlaku sebelum penemuan sumber asli yang meluas di kawasan tersebut.

Pada Mac lalu, penimbang tara di Perancis memutuskan bahawa Malaysia, yang mewarisi obligasi perjanjian pajakan selepas memperoleh kemerdekaan dari Britain, perlu membayar sebanyak AS$14.9 bilion (RM66.1 bilion) kepada waris Sultan Sulu.

Ia telah menimbulkan kemarahan Malaysia yang enggan tunduk kepada arahan tersebut. Kini, Petronas turut terjebak dalam pertikaian tersebut ketika syarikat itu diharap dapat memanfaatkan harga minyak yang melambung tinggi untuk menaikkan kembali ekonomi Malaysia selepas pandemik Covid-19.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*