Gempar lelaki terjun jambatan Klang

KLANG – Gempar lelaki terjun jambatan Klang.  Suasana di Jambatan Ketiga Klang di sini, gempar apabila seorang lelaki berusia 41 tahun maut selepas dipercayai terjun dari jambatan itu, kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu.

Katanya, siasatan mendapati mangsa dilihat meletakkan kereta Proton Wira di jambatan itu dan memanjat besi penghalang.

“Lelaki yang dipercayai terjun dan jatuh di atas Jalan Sungai itu mengalami kecederaan di kepala serta kaki. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi proses bedah siasat,” katanya

Tambah Hoong Fong, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Keluarga mangsa mengesahkan lelaki itu mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi,” ujarnya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*