Gempar! Lagi bom tangan ditemui di Terengganu

KEMAMAN – Penduduk Kemasik gempar dengan penemuan sebutir bom tangan yang masih aktif di Pantai Tampin di sini, awal pagi semalam.

Penemuan bom tangan itu terus diadukan kepada Balai Polis Ayer Jerneh di sini pada pukul 12.31 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli, berkata, sepasukan anggota polis dari Unit Pemusnah Bomba Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat terbabit.

“Pemeriksaan mengesahkan objek tersebut merupakan bom tangan model HE HG FRAG 85′ yang masih aktif. Kawasan tersebut terus ditutup kepada orang awam sebelum bom tangan terbabit berjaya dimusnahkan,” katanya.

Sebelum ini, sebelum bom tangan lain turut ditemui di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran susur keluar Plaza Tol Bukit Besi, Dungun pada Ahad lalu.

Baca juga :

Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*