Gempar !!! Halang kemasukan Abdul Somad : Selain didesak mohon maaf, Singapura turut terima ancaman serangan ala 9/11

Gempar !!! Halang kemasukan Abdul Somad : Selain didesak mohon maaf, Singapura turut terima ancaman serangan ala 9/11

Singpura menerima ancaman yang menyebut serangan 9/11 daripada penyokong seorang pendakwah yang dihalang memasuki negara itu.

Maklumat itu dikongsi Menteri Undang-Undang dan Dalam Negeri, K Shanmugam pada Isnin yang memaklumkan ancaman itu datang daripada penyokong pendakwah Indonesia, Abdul Somad Batubara, lapor Channel News Asia.

Gempar !!! Singapura terima ancaman serangan 9/11 setelah halang kemasukan Abdul Somad
Menteri Undang-Undang dan Dalam Negeri, K Shanmugam

Bercakap kepada media pada Isnin, Shanmugam berkongsi contoh ancaman dimuat naik di Instagram, antara lainnya menggelar Singapura sebagai “negara Islamofobia”.

Selain itu, ada juga desakan mahukan pemimpin negara itu memohon maaf kepada umat Islam dan rakyat Indonesia dalam tempoh 48 jam.

Bahkan, ada pengguna Instagram mengancam untuk mengusir Duta Singapura ke Indonesia dan menghantar tentera termasuk Barisan Pembela Islam untuk menyerang negara itu “seperti 9/11 di New York 2001” jika tuntutan mereka tidak diendahkan.

Begitupun, platform media sosial itu telah membuang status berkenaan dan menyekat akaun tersebut kerana melanggar peraturan ditetapkan.

Ketika ditanya adakah rakyat Singapura perlu bimbang dengan ancaman itu, Shanmugam berkata: “Saya tidak akan meremehkan ancaman-ancaman itu,” katanya.

Halang kemasukan Abdul Somad : Selain didesak mohon maaf, Singapura turut terima ancaman serangan 9/11
Abdul Somad

Dalam pada itu, Shanmugam juga mendedahkan, beberapa orang telah disiasat di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah pengikut Abdul Somad termasuk seorang remaja berusia 17 tahun yang ditahan pada Januari 2020.

Turut baca

Remaja itu telah menonton ceramah Abdul Somad mengenai pengeboman berani mati di YouTube dan mula percaya bahawa jika dia berjuang untuk negara Islam dan menjadi pengebom berani mati, dia akan mati sebagai syahid.

“Jadi anda boleh lihat, dakwah Abdul Somad mempunyai kesannya di dunia sebenar,” katanya.

Pada 17 Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura mengesahkan pendakwah Indonesia, Abdul Somad bersama enam rakannya telah tiba di Terminal Feri Tanah Merah Singapura dari Batam pada 16 Mei.

Sebaik tiba, Abdul Somad telah disoal dan selepas itu rombongannya tidak dibenarkan masuk ke Singapura dan dihantar pulang semula ke Batam pada hari yang sama.

Antara lain, kementerian itu mendakwa Abdul Somad dikenali sebagai “pelampau dan penyokong dasar segregasi”, yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*