Fenomena air laut terbelah atau terbahagi dua seperti yang berlaku di beberapa tempat terutamanya di Langkawi baru-baru ini kini berlaku pula di Kota Bharu, Kelantan.
Kejadian yang berjaya ditangkap oleh juruvideo Shah Saleh menunjukkan kejadian tersebut berlaku apabila air dari Sungai Kelantan bertemu air Laut China Selatan di Kuala Besar, Kota Bharu.
Klip video yang diambil menggunakan dron itu menunjukkan keajaiban alam turut berlaku selepas negeri itu dilanda bencana banjir besar sejak hujung minggu lalu.
“Air Sungai Kelantan bertemu air Laut China Selatan di Kuala Besar. Di situlah pengakhiran air Sungai Kelantan dan akan bertemu air laut.
“Ini sudah tertulis dalam al-Quran di mana Allah telah jadikan air laut terbelah dua yang satunya masin dan satu lagi air tawar dan Allah ciptakan juga di bawah lautan yang besar dan luas terdapat air sungai,” tulisnya.
Katanya lagi, air tawar di bawah lautan besar itu diciptakan tidak sama sekali akan bercampur dengan air masin dari laut.
“Sungguh besar ciptaan Allah di atas muka bumi ini, Subhanallah,” ujarnya.
Baca juga :
Leave a Reply