SEORANG wanita transgender membelasah seorang lelaki yang menghinanya dalam kejadian di sebuah restoran hotpot Haidilao di Hunan, China.
Dalam rakaman video tular itu, mangsa, Jiang Yan dilihat menampar dan menghempap lelaki itu ke lantai sambil memukul kepalanya dengan kasut tumit tinggi.
Jiang, seorang pempengaruh kecantikan mendakwa lelaki itu menghinanya dengan memanggil orang Hunan sebagai miskin dan hodoh sambil melemparkan makanan dan sampah ke arahnya.
Pempengaruh itu turut mendakwa lelaki itu memukulnya dengan telefon sehingga mendorongnya untuk bertindak balas terhadap tindakan tersebut.
Baca juga :
- Terkejut buka peti sejuk beku terbiar, jumpa tulang manusia
- Berang diejek ‘gendut’, lelaki cekik wanita hingga maut
- Cemburu mangsa masih berhubung dengan bekas suami… Lelaki bunuh, simen mayat kekasih dalam lubang
Susulan video mengenai kejadian yang menjadi tular semula di media sosial, polis mengambil tindakan dan mengenal pasti suspek yang merupakan seorang peguam dari Hong Kong itu.
Difahamkan, suspek sudah membuat permohonan maaf dan mengakui tindakannya adalah disebabkan pengaruh alkohol.
Perkara itu dijelaskan Jiang sendiri menerusi video yang dimuat naik pada 18 Oktober lalu.
Jiang dan lelaki itu juga merancang untuk membuat permohonan maaf kepada pihak restoran makanan hotpot, Haidilao.
Kedua-dua mereka juga akan membayar pampasan terhadap sebarang kerosakan yang berlaku.
Sebagai peringatan, perbuatan mengubah jantina adalah haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. -Agensi
Leave a Reply