Gara-gara beri projek kepada isteri, bekas pengurus MARDI dipenjara 2 tahun

Gara-gara menyalahguna kuasa memberi tender projek kepada isterinya pada sembilan tahun lalu, seorang bekas pengurus inkubator Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Dazuki Ali turut mengenakan denda RM85,000 terhadap tertuduh, Mohd. Saiful Nizam Hussin, 43, atau berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayarnya.

Beliau memutuskan demikian setelah pihak pembelaan diketuai Mohd. Asaari Salleh gagal menyangkal kes prima facie dikemukakan pihak pendakwaan pada akhir kes pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Saiful Nizam didakwa mencadangkan sebut harga bagi mendapatkan kerja tambah baik sistem pemotongan produk kilang jejari berjumlah RM17,000 kepada syarikat milik isterinya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh pada bulan Mac 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi.

Mohd. Saiful Nizam dituduh menyalahguna kuasa mencadangkan tender projek kepada syarikat sekutunya pada enam tahun lalu.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*