“Gagal tahan sebak…” Shuib sorok air mata waktu radio putar lagu arwah Siti Sarah

“Gagal tahan sebak…” Shuib sorok air mata waktu radio putar lagu arwah Siti Sarah. Awal pagi tadi, segmen Suria Pagi yang dikendalikan oleh penyampai radio Suraya Borhan, Ajak dan Shuib menjadi bualan ramai apabila ramai luah sebak dengan topik yang dibahaskan oleh mereka.

Untuk makluman, topik yang dikupas adalah berkenaan dengan jenis-jenis mengidam yang dialami oleh ibu mengandung dan tak dinafikan, ramai berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi tersebut.

Bagaimanapun, di sebalik celotoh penyampai radio itu, rupanya ada peristiwa menyentuh hati yang mana boleh dilihat menerusi perkongsian Ajak Shiro di akaun Instagram miliknya.

Dalam sorotan tersebut, menyaksikan reaksi Shuib sepertinya sedang menahan sebak apabila radio mendendangkan lagu arwah Siti Sarah, pagi tadi.

Pelakon dan pelawak itu dilihat cuba mengawal emosinya dengan matanya tidak lepas melihat telefon, namun dari sisi lain boleh dilihat ada perubahan pada air mukanya.

Ikut tersentuh dengan reaksi Shuib, netizen akui betapa sukarnya berada di tempatnya, lebih-lebih lagi apabila berpisah dunia yang mana kita tidak akan lagi dapat melihat arwah dan sakitnya menanggung rindu pada mereka yang telah tiada.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*