Gagal kawal perasaan sedih, isteri ‘meraung’ saat tangkap suami berduaan dalam kereta

Tidak dapat mengawal perasaan sedih, seorang wanita meraung saat menangkap suaminya sedang berdua-duaan dengan skandal di dalam kereta.

Menerusi rakaman video yang tular, si suami dilihat terkejut mendengar jeritan isteri dan meminta wanita itu tidak buat hal.

Si isteri terus menangis meminta penjelasan daripada suami dan mereka dilihat bergelut seketika. Si isteri juga sempat menerjah skandal yang duduk di bahagian penumpang hadapan.

Namun, skandal yang dipercayai rakan di kilang tempat suami bekerja menjawab hanya mahu mengambil durian.

Menurut isteri lagi, dia sudah dapat menghidu perubahan ketara pada si suami sejak bekerja di kilang terbabit.

Suaminya dipercayai sudah lama kantoi tetapi suaminya tidak pernah mengaku sebelum ini. Sehinggalah si isteri tergerak hati untuk mengekori pergerakan suami.

Lebih menyedihkan apabila suami dikatakan tidak mengendahkan anak apabila berada di rumah. Kini dia berusaha untuk mendapatkan keadilan di mahkamah.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

*