
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menahan seorang individu selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja di Facebook.
SKMM dalam kenyataan berkata individu itu ditangkap 11 malam tadi di Kuala Lumpur dengan kerjasama polis sejurus waran tangkap dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Sesyen Sepang pada Isnin.
“Individu berkenaan gagal hadir pada sebutan kes yang ditetapkan di mahkamah pada 24 Feb 2025. Suspek yang kini dalam tahanan polis akan dihadapkan semula ke mahkamah sama dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.
Katanya, individu itu akan didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Akta itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Baca juga :
Leave a Reply