Gadis patah pinggang selepas jadi mangsa ragut ‘di highway’

Gadis patah pinggang selepas jadi mangsa ragut ‘di highway’.

Dalam kejadian awal pagi, seorang wanita patah pinggang dan kaki selepas menjadi mangsa ragut di Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahmason Bajah berkata, kejadian ragut itu dipercayai berlaku sekitar jam 6.15 pagi.

“Mangsa tiba-tiba didatangi suspek hingga menyebabkan motosikal ditunggangi hilang kawalan lalu terbabas masuk ke dalam parit.”

Selain itu, beliau turut melaporkan keadaan mangsa yang kini sedang dirawat di Hospital Umum Sarawak ekoran kejadian menimpanya.

Bagaimanapun, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan Seksyen 392 Kanun Keseksaan .

Turut baca

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*