Gadis 15 tahun dirogol abang kandung selepas 2 tahun jadi pemuas nafsu bapa

SEORANG remaja perempuan hidup dalam keadaan menderita apabila dia dirogol oleh bapanya selama dua tahun.

Lebih malang, mangsa yang berusia 15 tahun turut dirogol oleh abangnya selepas dia mengadu tentang perbuatan bapanya.

Menurut polis, keluarga itu menetap di sebuah kampung di daerah Shivpuri, Bhopal, India.

Bapa mangsa berusia 56 tahun, manakala suspek kedua yang juga abangnya baru berusia 19 tahun.

Selain dirogol, mangsa mendakwa abangnya turut merakam perbuatan jijik itu.

Menurut pegawai bertugas di Balai Polis Dinara, Vinod Bhargav, kedua-dua suspek telah ditahan selepas mangsa dibawa oleh suadaranya untuk membuat laporan berkaitan kes berkenaan.

“Dalam keluarga itu, ada bapa, abang, mangsa dan adik mangsa. Ibunya sudah menghilangkan diri.

“Gadis bawah umur itu akhirnya dibawa ke balai polis selepas dia menceritakan hal itu kepada saudaranya.

“Laporan kes dibuat pada 6 Oktober, dua suspek telah didakwa dan kini ditahan. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” kata Bhargav. – Agensi

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*