Filem arahan P.Ramlee yang paling lama shooting hingga terjadi sesuatu…

Ibu Mertua Ku telah mengambil masa lebih kurang 5 bulan untuk menyiapkannya. Ini disebabkan P Ramlee inginkan ‘mood’ yang tepat dan sesuai kerana mahukan filem ini sebagai antara filem masterpiece beliau.

Memang benar pun, filem ini telah menobatkan P Ramlee sebagai THE MOST VERSATILE TALENT IN ASIA di Pesta Filem Asia yang telah diadakan di Tokyo. Anugerah ini tidak lagi dikeluarkan kerana masih belum ada sesiapa di Asia mahupun di dunia yang layak menerima nya.

Gambar di bawah menunjukkan Kassim Selamat dan Sabariah Mansor sedang turun dari beca di depan rumah Bang Ali.

Lokasi ini sepatutnya dilakukan di Penang tetapi oleh kerana kos produksi tidak mengizinkan, maka P Ramlee telah memilih sebuah sudut kampung di Singapura sebagai background kampung di Penang.

Sebuah beca dari Penang telah dibawa masuk ke Singapura khas untuk scene ini dan dikhabarkan beca tu masih lagi wujud dan menjadi tarikan buat masa ini.

Khabarnya filem ini juga menjadi punca P.Ramlee berselisih faham dengan pihak produksi sehingga mengakibatkan bayaran P.Ramlee “terganggu”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*