“Enjoy sakan…” Duduk atas bumbung Vellfire, lelaki 25 tahun undang padah

Baru-baru ini, tular akan beberapa video memaparkan seorang lelaki duduk di atas bumbung kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire dipandu ketika bersiar-siar di Pulau Langkawi hingga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Bagaiamanapun, lelaki berkenaan dikatakan telah pun ditahan pihak polis, kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata suspek warga tempatan berusia 25 tahun itu ditahan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, pada jam 7 malam.

“Siasatan awal mendapati, lelaki itu menetap di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, Selangor dan kumpulan rakannya adalah pelancong tempatan yang datang bercuti ke pulau ini.

“Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan tular rakaman video dan beberapa gambar memaparkan seorang lelaki keluar melalui bumbung kenderaan sebelum duduk di atas MPV mewah berkenaan ketika bersiar di pulau ini.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*