Enggan pulang ke rumah, isteri kelar muka suami

BANGKOK – Seorang isteri di Pattaya mengelar muka suaminya menggunakan sebilah pisau dalam satu pergaduhan di tempat kerja mangsa, selepas lelaki itu enggan pulang ke rumah, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera parah di muka termasuk di bahagian hidungnya.

Anggota-anggota penyelamat kemudian tiba dan memberikan pertolongan cemas sebelum mangsa dibawa ke hospital.

Enggan pulang ke rumah, isteri kelar muka suami
SEORANG suami dihantar ke sebuah hospital setelah muka dikelar isteriya.

Si isteri dengan pantas meninggalkan tempat kejadian ketika polis tiba.

“Sebelum pertengkaran, wanita itu meletakkan kenderaannya di pintu masuk ke kawasan pembinaan untuk menemui suaminya.

“Mangsa sedang minum bersama rakan-rakan menjelang sambutan tahun baharu apabila konfrontasi berlaku,” kata seorang saksi. – AGENSI

Baca juga :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*