Enggan diri terus dikecam, pelakon sensasi tampil mempertahankan diri

Pelakon sensasi, Uqasha Senrose tampil mempertahankan diri selepas didakwa netizen tidak menjaga batas sewaktu bergambar bersama pendakwah bebas terkenal, ustaz Azhar Idrus di sebuah majlis ilmu yang dihadirinya, malam tadi.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Uqasha atau nama lengkapnya Zik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, dalam Instagram miliknya, aktres itu menzahirkan rasa teruja apabila dapat menghadiri majlis agama tersebut dan bergambar bersama Azhar Idrus walaupun kurang sihat.“Ya Allah, dapat juga berjumpa dan bergambar dengan ustaz Azhar Idrus. Memang dah lama sangat minat dengan cara dia memberi ceramah.

“Walaupun demam, saya makan ubat dan cucuk drip semata-mata untuk hadir ke ceramah beliau. Banyak ilmu yang dikongsikan. Seronok sangat,” kongsi Uqasha.

Bagaimanapun, beberapa keping foto yang dimuat naik pelakon itu dalam Instagram telah mengundang persepsi buruk dan salah faham netizen apabila dikatakan tidak menjaga batas kerana bergambar terlalu rapat dengan pendakwah tersebut.“Jangan rapat sangat bergambar dengan ustaz kesayangan kami. Kami tidak suka. Jauhkan jarak,” tegur seorang netizen.

“Kalau bergambar dengan orang seperti ustaz atau ulama, janganlah terlalu rapat. Bagi ruang sikit antara kita dan ustaz. Hormati mereka dan elakkan timbul fitnah,” kata seorang lagi netizen.

Enggan membiarkan dirinya terus dikecam, Uqasha tampil menjelaskan keadaan sebenar dengan memaklumkan dirinya kelihatan seolah-olah rapat dengna Azhar Idrus disebabkan kedudukan kamera (angle) dan masih tahu untuk menjaga batasnya.“Tak perlu mulut pandai-pandai cakap kalau tidak ada di tempat tu. Angle dan posisi awak nampak begitu (rapat). Saya tahu batas saya. Orang kanan kiri tolak, jadi tidak seimbang,” jelasnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*