Empat negeri diperintah PAS merekodkan kes tertinggi penyalahgunaan dadah

Empat negeri pemerintahan PAS merekodkan kes tertinggi penyalahgunaan dadah. Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah merekodkan kes penyalahgunaan dadah tertinggi, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, trend penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan apabila jumlah mereka yang terlibat dengan bahan terlarang itu meningkat 32.5 peratus tahun lalu bersamaan 192,857 orang.

Jumlah itu meningkat ketara berbanding tahun sebelumnya seramai 145,526 orang, manakala pada 2022 pula seramai 137,176 orang.

“Jumlah penagih terbanyak merangkumi 61 peratus berusia 15 hingga 39 tahun. Mereka terdiri daripada golongan usia produktif,” katanya dalam sidang media Program AADK di Padang Serai, Kulim hari ini.

Menurut Saifuddin, data tersebut dikumpulkan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan lebih 55 pusat pemulihan swasta.

“Jika mengikut nisbah per 100,000 penduduk, daerah dengan kes tertinggi pula adalah Pendang di Kedah, diikuti Kuala Krai dan Bachok di Kelantan,” katanya.

Baca juga :

Berang diberi mi segera terlalu sedikit, mangsa banjir tampar ketua kampung

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*