Empat hari hilang rupanya Naufal dibunuh, trak pikap dibakar

Seorang lelaki dilaporkan hilang sejak Ahad lalu ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kawasan semak berhampiran sebuah ladang di Kampung Sungai Memanjang , di sini pagi semalam.

Dalam penemuan kira-kira pukul 11 pagi itu, mayat mangsa dikenali sebagai Naufal Abdul Rashid, 35, ditemui sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Ramasamy A/L Kuppan berkata, penemuan mayat terbabit susulan laporan awal diterima pihaknya berkaitan sebuah trak pikap ditemukan dalam keadaan terbakar di kawasan terbabit.

“Sepasukan polis digerakkan ke tempat berkenaan untuk pemeriksaan lanjut. Sejurus tiba di lokasi kejadian, anggota bertugas mendapati memang terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar namun tiada individu di dalam kenderaan terbabit.

“Anggota polis kemudiannya menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kenderaan itu sebelum menemui satu mayat lelaki yang disyaki berkaitan satu laporan orang hilang pada Ahad lalu,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Ramasamy berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess Of kent (HDOK) Sandakan untuk tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehilangan seorang lelaki yang juga anak tauke restoran Supreme kira-kira pukul 3 petang pada Ahad lalu.

Dalam kenyataan yang tular itu diminta sesiapa yang tau keberadaan saudara ini (Naufal Bin Abdul) sila call Omar Kassim.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*