Elak PRU15 di musim tengkujuh, nyawa rakyat lebih penting daripada ‘sandiwara’ Umno, tegas Salahuddin

Umno memutuskan PRU15 diadakan tahun ini, dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

Justeru, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata rakyat kini sedang memerhatikan Agong berhubung perkara itu.

“Tuanku akan menerima nasihat daripada pemimpin Umno yang tidak berhati perut supaya Parlimen dibubarkan ketika negara berdepan ancaman banjir besar.

“Rakyat sedang memerhatikan Tuanku,” katanya di Twitter.

Umno membuat keputusan itu semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata Ismail Sabri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu lagi ciapan semalam, Salahuddin membayangkan kemungkinan pengisytiharan darurat selepas Parlimen dibubarkan.

“Darurat bukan amalan normal dalam sistem demokrasi kita. Jangan nak bubar kemudian nak mohon darurat untuk kepentingan kuasa semata-mata.

“Nyawa rakyat lebih penting daripada sandiwara Umno,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri enggan enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada tarikh tertentu telah ditetapkan dan tidak menolak kemungkinan PRU15 akan diadakan pada tahun ini.

“Kita nak kembalikan kepada rakyat untuk buat penentuan, beri mandat semula kepada rakyat (untuk memilih kerajaan),” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*