Elak pemeriksaan badan, lelaki bertindak agresif tumbuk dua anggota polis.
Tindakan agresif seorang lelaki yang menyerang dan menumbuk dua anggota polis yang sedang menjalankan tugas membawa padah apabila dia akhirnya ditahan.
Kejadian tersebut berlaku semasa kedua-dua anggota polis sedang menjalankan rondaan cegah jenayah bermotosikal di Taman Sri Manja, Petaling Jaya. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihak polis menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan yang meminta mereka menjalankan pemeriksaan ke atas suspek yang berada dalam sebuah kenderaan di kawasan perumahan berkenaan.
Setibanya di lokasi, anggota polis mengarahkan suspek keluar dari kenderaannya untuk pemeriksaan badan namun suspek secara tiba-tiba menyerang kedua-dua anggota polis berkenaan.
Suspek tiba-tiba merangkul leher seorang anggota dari belakang lalu menumbuk muka dan perut anggota itu. Rakan setugasnya yang datang untuk meleraikan suspek turut ditumbuk di bahagian muka.
Susulan daripada itu, suspek yang berusia 26 tahun itu telah ditahan dan direman selama empat hari. Suspak akan disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan. Hasil semakan mendapati, suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga didapati negatif dadah. Difahamkan, kedua-dua anggota polis yang diserang itu mengalami kecederaan di bahagian tangan dan badan manakala suspek mengalami cedera ringan.
Turut baca
- “Janji tak buat lagi…” Lepas ‘masak’ dikecam, lelaki hina Adibah Noor tampil mohon maaf
- Subsidi minyak masak dua hingga lima kilogram dimansuhkan bermula 1 Julai
- {VIDEO} “Remaja ditikam kunci…” Kes berpunca kerana suspek tak puas hati dengan keluarga mangsa
Leave a Reply